Posts

Image
setiap manusia ada perbezaan. setiap manusia ada keperluan sendiri. hanya kerana kamu ada penyokong, adakah kamu layak untuk menyingkirkan orang lain. adakah kamu layak untuk menghasut orang lain supaya menyingkirkan orang yang kamu tidak gemar. kita manusia. x semuanya betul. x semuanya sempurna. saya pun x mahu berada di sini. ini juga bukan pilihan saya. saya juga ingin pergi dari sini. jadi x perlulah bersusah payah memadamkan saya dari penglihatan kamu. ini lah pengajaran bila berada di tempat orang. berbeza, terus disingkir. berbeza , terus dipulau... terima kasih pengalaman...
jadi guru bukan mudah. banyak sngat kerja sampingan. kerja mengajar sudah banyak tambah lagi dengan tugas sampingan yang tak pernah habis. tapi yang menyakitkan hati, orang suka cakap cikgu kerja senang. x da banyak kerja. emmmmm...... manusia....
da bersawang da page ni.. da lama rasanya tak menulis.. meluah apa yang dirasa di ruangan ini. jika dulu inilah tempat ku meluahkan perasaan di hati.. itu memastikan aku tidak meluahkan kepada orang lain. tapi kini mulut ini lebih senang berbicara dengan hati lain. tapi akibatnya telah berlaku. sungguh aku menyesal. mungkin aku lebih sesuai di sini. x apalah. itu aku terima sebagai salah satu jalan cerita hidupku. moga aku mampu utk berubah  menjadi yang lebih baik serta tidak mengulang kesilapanku. moga aku diberi kesempatan utk menjadi orang yang lebih baik dan gembira di muka bumi Allah ini.... amin....
kembali ke alam aku yang dulu.... lebih gembira sendirian... lebih selesa tanpa sesiapa.... lebih bahagia dengan hatiku.. tak perlu jaga hati manusia yang lain.. tak perlu kisah perasaan orang lain... sebab apa.... orang lain pun tak kan amik tahu persaan kau.. semua bercakap ikut sedap mulut... semua meluah tanpa berfikir.....  aku harap aku mampu pergi dari sini... aku harap aku mampu terbang dari sini... sungguh hati ku suda tiada di sini... sungguh aku ingin mengilang dari sini...  tolong lah aku.... bawa hatiku pergi dari sini.... bawa jiwaku terbang dari ku... pisahkan jiwa dari jasadku... izinkan aku sendirian .....
banyak benda yg da jadi. kenapa semua jadi dlam satu masa. apa lagi yang x kena dengan aku ni... jahat sngat ke. jahil sngat ke. semakin hari semakin bencikan diri sendiri. kdg2 rasa x de mkna pun hidup ni.. aku tahu Dia mrh jika umatnya berfikiran begitu.. tapi aku x mampu utk mengelaknya. tiada satu pun perkara yang baik terjadi utk aku. perl ke aku teruskan atau perlu ke aku tamatkan...
susah untuk puaskan hati semua orang... tapi perlu ke menyakitkan hati orang lain kalau tak puas hati... cuba fikir balik, masa kita punya turn, adakah kita dah puaskan hati semua orang... kenapa bila tiba time orang lain, kita perlu cakap ikut sedap mulut saja... ingat lah setiap orang ada kelemahan.. setiap orang ada kelebihan.. tak semua orang sempurna.. tolong lah jangan suka menyakitkan hati orang lain hanya kerana kita rasa kita terlampau bagus. i really hurted right now.. and i wish i dont have to see your face right now... i really wish i never ever meet person like you!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

kesedihan

tahun pertama sebagai guru... banyak jawatan yang diberi.... tapi org lain pun banyak juga kerja.. so x kisah la... tapi yang menyedihkan bila dianiayai org.. kenapa perlu kenakan aku sebegitu... pernahkah aku mengacau peribadinya.... pernahkah aku menyakiti hati sesiapa di sini... aku jalankan kerja dan tugasan yang diberikan walaupun tiada pengetahuan... kerna aku tahu, bila aku buat, aku akan belajar, aku akan bergaul... jadi kenapa aku masih dikenakan oleh mereka... siapa yang akan berpihak dengan aku.. siapa yang akan membantu aku..... seronok semakin pudar... diganti dengan kemarahan.... dan juga kecewa....