Posts

Showing posts from October, 2013
dua tahun aku mengubati luka. dua tahun aku membina jiwa. dua tahun aku mencari ketenangan. dua tahun aku kembali menjadi aku setelah kau musnahkan jiwaku. kau tinggalkan aku tanpa sepatah kata. kau pergi dariku tanpa satu kesalan. kau menjauh dariku tanpa aku ketahui kenapa.

tika aku kembali menjadi aku. tika aku temui kedamaian yang dicari. tika aku temui kekuatanku yang hilang. tika lukaku telah sembuh. kenapa kau perlu hadir sekali lagi untuk musnahkan segalanya. kenapa kau hadir kembali dengan kata-kata yang membelai jiwa seorang wanita. kenapa kau perlu kembali?

aku tak pernah doakan kau untuk kembali padaku. aku penat dengan kesakitan yang kau berikan. aku lelah dengan pandangan umi kesayanganmu disini. aku sakit dengan pandangan insan lain padaku.adakah ia masih belum cukup bagiku untuk melihat aku rebah mencium bumi? adakah belum cukup untuk melihat aku tersiksa. adakah belun puas kau melihat aku menderita.

mungkin kau kata kau khilaf. tapi dimanakah silapku. kau lakukan aku …