mencari hiburan hati sewaktu kesunyian... mencari peneman dikala keseorangan... adakah ianya satu keperluan??? itulah aku.. kadang2 aku selesa bersama sunyi.. dialah temanku.. dialah kekasihku.. kadang2 aku benci kesunyian.. kerna ia terasa begitu terasing.... lantas apa yang perlu aku lakukan.. terus bersama kesunyian dan menerima segalanya atau berusaha untuk keluar daripada kesunyian dan disakiti sekali lagi... sungguh aku bingung...
setiap manusia ada perbezaan. setiap manusia ada keperluan sendiri. hanya kerana kamu ada penyokong, adakah kamu layak untuk menyingkirkan orang lain. adakah kamu layak untuk menghasut orang lain supaya menyingkirkan orang yang kamu tidak gemar. kita manusia. x semuanya betul. x semuanya sempurna. saya pun x mahu berada di sini. ini juga bukan pilihan saya. saya juga ingin pergi dari sini. jadi x perlulah bersusah payah memadamkan saya dari penglihatan kamu. ini lah pengajaran bila berada di tempat orang. berbeza, terus disingkir. berbeza , terus dipulau... terima kasih pengalaman...
Comments
Post a Comment