Posts

Image
setiap manusia ada perbezaan. setiap manusia ada keperluan sendiri. hanya kerana kamu ada penyokong, adakah kamu layak untuk menyingkirkan orang lain. adakah kamu layak untuk menghasut orang lain supaya menyingkirkan orang yang kamu tidak gemar. kita manusia. x semuanya betul. x semuanya sempurna. saya pun x mahu berada di sini. ini juga bukan pilihan saya. saya juga ingin pergi dari sini. jadi x perlulah bersusah payah memadamkan saya dari penglihatan kamu. ini lah pengajaran bila berada di tempat orang. berbeza, terus disingkir. berbeza , terus dipulau... terima kasih pengalaman...
jadi guru bukan mudah. banyak sngat kerja sampingan. kerja mengajar sudah banyak tambah lagi dengan tugas sampingan yang tak pernah habis. tapi yang menyakitkan hati, orang suka cakap cikgu kerja senang. x da banyak kerja. emmmmm...... manusia....
da bersawang da page ni.. da lama rasanya tak menulis.. meluah apa yang dirasa di ruangan ini. jika dulu inilah tempat ku meluahkan perasaan di hati.. itu memastikan aku tidak meluahkan kepada orang lain. tapi kini mulut ini lebih senang berbicara dengan hati lain. tapi akibatnya telah berlaku. sungguh aku menyesal. mungkin aku lebih sesuai di sini. x apalah. itu aku terima sebagai salah satu jalan cerita hidupku. moga aku mampu utk berubah  menjadi yang lebih baik serta tidak mengulang kesilapanku. moga aku diberi kesempatan utk menjadi orang yang lebih baik dan gembira di muka bumi Allah ini.... amin....
kembali ke alam aku yang dulu.... lebih gembira sendirian... lebih selesa tanpa sesiapa.... lebih bahagia dengan hatiku.. tak perlu jaga hati manusia yang lain.. tak perlu kisah perasaan orang lain... sebab apa.... orang lain pun tak kan amik tahu persaan kau.. semua bercakap ikut sedap mulut... semua meluah tanpa berfikir.....  aku harap aku mampu pergi dari sini... aku harap aku mampu terbang dari sini... sungguh hati ku suda tiada di sini... sungguh aku ingin mengilang dari sini...  tolong lah aku.... bawa hatiku pergi dari sini.... bawa jiwaku terbang dari ku... pisahkan jiwa dari jasadku... izinkan aku sendirian .....
banyak benda yg da jadi. kenapa semua jadi dlam satu masa. apa lagi yang x kena dengan aku ni... jahat sngat ke. jahil sngat ke. semakin hari semakin bencikan diri sendiri. kdg2 rasa x de mkna pun hidup ni.. aku tahu Dia mrh jika umatnya berfikiran begitu.. tapi aku x mampu utk mengelaknya. tiada satu pun perkara yang baik terjadi utk aku. perl ke aku teruskan atau perlu ke aku tamatkan...
susah untuk puaskan hati semua orang... tapi perlu ke menyakitkan hati orang lain kalau tak puas hati... cuba fikir balik, masa kita punya turn, adakah kita dah puaskan hati semua orang... kenapa bila tiba time orang lain, kita perlu cakap ikut sedap mulut saja... ingat lah setiap orang ada kelemahan.. setiap orang ada kelebihan.. tak semua orang sempurna.. tolong lah jangan suka menyakitkan hati orang lain hanya kerana kita rasa kita terlampau bagus. i really hurted right now.. and i wish i dont have to see your face right now... i really wish i never ever meet person like you!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

kesedihan

tahun pertama sebagai guru... banyak jawatan yang diberi.... tapi org lain pun banyak juga kerja.. so x kisah la... tapi yang menyedihkan bila dianiayai org.. kenapa perlu kenakan aku sebegitu... pernahkah aku mengacau peribadinya.... pernahkah aku menyakiti hati sesiapa di sini... aku jalankan kerja dan tugasan yang diberikan walaupun tiada pengetahuan... kerna aku tahu, bila aku buat, aku akan belajar, aku akan bergaul... jadi kenapa aku masih dikenakan oleh mereka... siapa yang akan berpihak dengan aku.. siapa yang akan membantu aku..... seronok semakin pudar... diganti dengan kemarahan.... dan juga kecewa....

manusia

manusia memang dilahirkan dengan peribadai yang berbeza... manusia memang mempunyai naluri yang berbeza.   manusia memang mempunyai kelakuan yang berbeza... namun adakah itu boleh dijadikan tiket untuk bersikap kurang ajar terhadap orang lain... kenapa perangai manusia semakin pelik sekarang ni... huhu...
kenapa aku perlu rasa sunyi.. kenapa aku perlu rasa sedih... kenapa aku perlu rasa murung... kenapa aku tidak mampu untuk memahami hatiku sendiri.. what wrong with me... i really dont understand my own heart and soul.... somebody plez help me... please figure me out.. i really need it.. :(
tiba-tiba jari terasa gatal nak mengklik gambar junior ipda... sekali tertengok ada terselit wajah si dia yang satu masa dahulu menghiasi hati ini.. terimbas kenangan lalu.. yang gembira, yang sedih, yang bahaga, yang kecewa... kenapa la.. huhu..  #saya doakan kamu bahagia#
mencari hiburan hati sewaktu kesunyian... mencari peneman dikala keseorangan... adakah ianya satu keperluan??? itulah aku.. kadang2 aku selesa bersama sunyi.. dialah temanku.. dialah kekasihku.. kadang2 aku benci kesunyian.. kerna ia terasa begitu terasing.... lantas apa yang perlu aku lakukan.. terus bersama kesunyian dan menerima segalanya atau berusaha untuk keluar daripada kesunyian dan disakiti sekali lagi... sungguh aku bingung...
mungkin kamu jauh dari aku mungkin juga kamu dekat denganku mungkin kau disembunyikan dariku dan mungkin kau menyembunyikan dirimu dariku tapi aku pasti suatu hari nanti akan ketemu jua

janji

janji suatu yang senang diluah  namun sukar dilaksana senang dilafaz sukar diikut kenapa manusia senang menabur janji sedangkan terlalu jauh untuk digapai... adakah kerana ia terlalu senang... adakah aku kelihatan tertalu senang untuk diperbodohkan dengan janji2 janji itu... kerna kamu, aku sukar untuk percaya janji dari siapapun... jangan mudah menabur janji, jika sukar untuk ditunaikan...
ramadhan kali inu aku jauh dari mereka yang aku sayangi... jika dulu di bumi jitra, kini aku di bumi bintulu... sedih di hati namun digagahi jua kerna tugas dan amanah..... hanya doa tanda ingatan dan kasihku pada mereka...  -ma, bah, tunggu adik kelik.. huhu-
perasaan  suatu perkara yg sukar difahami suatu rasa yg sukar dimengerti gembira? sedih? bahagia? duka? tiada siapa yg mampu mengajar tiada siapa yg mampu beritahu

sebulan

1 april 2014 mendaftarkn diri di the aston hotel, nilai sbg seorang guru baharu... menyiapkn mental utk merasai pengalaman baru di tempat yg begitu asing buat diriku... berpisah mata dengan kedua orang tuaku.. melihat keresahan mereka memikirkan anak yg akan terbang jauh.. titisan air mata yg mengalir di pipi ma, hampir membuat aku menyerah... kerna itu aku berjanji utk sentiasa ceria jika berhubung dgn mereka... sekurang-kurangnya, aku tidak menambah resah mereka... 2 april 2014 laungan azan maghrib menyambut kehadiran ku di bumi bintulu... dlm resah aku hnya mampu berdoa dan berharap agar aku dpt menerima segala yg telah diatur dgn hati terbuka. perjalanan ke sekolah diiringi kegelapan malam menambah debar di dada... alhamdulillah, aku ditempatkan di kawasan yg agak molek.... perjalananku sbg seorang pendidik telah bermula.. aku berharap agar aku mampu utk mesra dgn mereka du sini.. inilah keluargaku di sini... dan hari ini, 1 mei 2014... genap sebulan aku mendaftar sbg seorg...
dua tahun aku mengubati luka. dua tahun aku membina jiwa. dua tahun aku mencari ketenangan. dua tahun aku kembali menjadi aku setelah kau musnahkan jiwaku. kau tinggalkan aku tanpa sepatah kata. kau pergi dariku tanpa satu kesalan. kau menjauh dariku tanpa aku ketahui kenapa. tika aku kembali menjadi aku. tika aku temui kedamaian yang dicari. tika aku temui kekuatanku yang hilang. tika lukaku telah sembuh. kenapa kau perlu hadir sekali lagi untuk musnahkan segalanya. kenapa kau hadir kembali dengan kata-kata yang membelai jiwa seorang wanita. kenapa kau perlu kembali? aku tak pernah doakan kau untuk kembali padaku. aku penat dengan kesakitan yang kau berikan. aku lelah dengan pandangan umi kesayanganmu disini. aku sakit dengan pandangan insan lain padaku.adakah ia masih belum cukup bagiku untuk melihat aku rebah mencium bumi? adakah belum cukup untuk melihat aku tersiksa. adakah belun puas kau melihat aku menderita. mungkin kau kata kau khilaf. tapi dimanakah silapku. kau lakukan...
Image
single? adakah salah? adakah ia menjadi satu dosa? adakah pelik orang yang masih sendiri? aku pernah merasai kemanisan cinta.. dan aku juga pernah merasai kepahitan cinta... jika aku pilih untuk sendiri dari terus hidup dalam kepahitan, adakah ia turut menjadi satu kesalahan.... aku penat untuk membalas pandangan mereka... aku tahu aku masih sendiri dan kamu telah berpunya.. namun layakkah kamu untuk melihat aku dengan mata itu... aku juga punya hati.. punya jiwa.. sungguh aku terasa namun aku tidak mampu untuk bersuara.. ya, aku cemburu melibat jiwa yang telah menemui cinta yang dijanjikan untuknya.. namun aku tetap bersyukur kerana masih dikurniakan cinta keluarga.. aku sentiasa mendoakan kamu bahagia dan aku berharap hapuskan lah pandangan mata itu hanya kerna aku sendiri... hentikan soalan yang aku sendiri tidak punya jawapan.. aku hanya percaya dengan janji dari Allah.. Dia telah menulis ceritera hidupku dan Dia yang mengetahui segalanya.. 
Image
saat hancurnya sekeping jiwa warasku terbang bersama saat hatiku ditoreh luka jasadku berada di awangan namun kan tiba satu saat, warasku kan kembali jasadku kan pulang tangisanku kan berganti tawa senyummu kan bertukar tawar itulah aku wanita yang sentiasa teguh berdiri bangkit megah dari luka yang kau hadiahkan....

karenah pasangan dalam percintaan...

Image
masa loving.... si uda mengintai cinta... si dara tersipu malu... si uda hulurkan kasih... si dara berikan sayang... si uda curahkan cinta... si dara tersenyum bahagia... masa clash.... kau lafazkan sayang... kau ikrarkan cinta... kau beli jiwaku... kau rantai hatiku... setelah ia milikmu... kau hempas anganku... teganya kau sang pencinta... pengajarannya.. jangan terlalu berharap pada yang tak pasti.. jangan terlalu kasih pada yang belum halal... jangan terlalu menyayangi sebelum sah jadi milik kita.. -ingatan untuk diri sendiri jugak-