sukar
aku gembira kerna ada ruang untuk mengenalinya...
aku bahagia kerna punyai kesempatan untuk mendengar suaranya...
aku senang kerna pernah disedari kehadiranku olehnya...
ya...
aku teramat gembira...
walau ianya hanya untuk seketika...
aku sedar..
aku tahu...
aku tidak layak untuk sesiapa...
walaupun aku suka akan kehadirannya...
tidak sekali aku sakiti kaumku sendiri...
aku mengerti kesakitan akibat cinta..
aku sedar kepedihan kerana perasaan..
aku tahu rasanya..
dan ia tidak semanis madu...
ia tidak sepahit hempedu...
pelbagai gelodak perasaan akan tiba...
menghantui diri ini...
aku tahu...
aku da lama tahu...
kebenaran yang menyakitkan..
tapi aku hanya membiarkan ia berlaku..
kerna aku tahu...
jauh di sudut hatiku..
ada sesuatu untuknya..
walaupun aku tidak mengerti apakah ia....
namun...
aku gembira...
gembira kerana aku masih mempunyai perasaan seorang wanita...
aku bersyukur...
kekecewaan yang lalu tidak membunuh jiwa wanitaku...
aku benar-benar bersyukur....
dan..
aku juga bersyukur...
ia tamat..
tamat sebelum tiga hati terluka..
tiga hati tenggelam dalam arus kesakitan...
aku gembira..
ia tamat..
sebelum..
perasaan suka beralih sayang...
rasa sayang berganti cinta..
paling tidak..
aku tidak akan menelan kepahitan cinta lagi...
paling tidak ia membantu aku dalam mencari cinta hakiki...
terima kasih ya Allah..
kerna sudi membuka ruang untukku...
ruang untuk merasa bahagia walaupun hanya untuk seketika...
aku bahagia ya Allah...
aku benar-benar gembira..
terima kasih kerna meminjamkan nikmat ini untukku...
alhamdulillah....
Comments
Post a Comment